Memo #126
(English translation available here)
By Husaina Kenayathulla – husaina [at] um.edu.my
Dewasa kini, menghadiri kelas tuisyen swasta dianggap sebagai satu keperluan utama dalam kebanyakan keluarga di Malaysia. Fenomena tersebut yang semakin menular menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk mengabaikan hal tersebut. Justeru, kerajaan Malaysia berusaha untuk mencapai keseimbangan antara mengalakkan kelas tuisyen dalam sektor swasta dan pada waktu yang sama memantau pengurusan mereka.
Lebih kurang 93 peratus daripada keluarga yang menghantar anak mereka untuk menghadiri kelas tuisyen telah membelanjakan satu persepuluh daripada perbelanjaan bulanan keluarga mereka. Walaupun Ibu bapa tidak mempunyai bukti kukuh terhadap keberkesanan tuisyen, mereka berpendapat bahawa menghadiri kelas tuisyen berupaya meningkatkan pencapaian akademik anak mereka tanpa mengambil kira kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas tuisyen tersebut. Tambahan pula, pada masa kini menghadiri kelas tuisyen swasta digunakan sebagai amalan untuk meningkatkan pencapaian murid yang telah sedia baik di samping secara tradisionalnya bertujuan untuk memulihkan pencapaian murid yang lemah.
Negara Korea Selatan dan Mauritius telah cuba untuk mengharamkan kewujudan tuisyen dalam sektor swasta. Alasan pengharaman tersebut disebabkan kelas tuisyen telah menambahkan jurang antara murid miskin dan kaya. Namun, pihak berkuasa di Malaysia telah menggunapakai pendekatan yang lebih bersesuaian untuk mengawasi dan memantau pengurusan tuisyen sektor swasta.
Is South Korea’s Hyper-Education System The Future? (Memo #2)
Pihak berkuasa di Malaysia juga membenarkan guru sekolah untuk melibatkan diri dalam pengajaran kelas tuisyen di luar waktu sekolah, dengan tujuan untuk membantu mereka memperoleh pendapatan tambahan. Ini adalah berikutan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 1, Tahun 2006 yang menyatakan guru dibenarkan untuk melibatkan diri dalam pengajaran di kelas tuisyen selama 4 jam dalam seminggu. Namun, tiada sebarang peraturan yang mengehadkan kumpulan murid yang terlibat dalam aktiviti tuisyen. Kenyataan tersebut bermaksud guru boleh mengajar sesiapa sahaja termasuk murid kelas mereka sendiri
Kebanyakan sorotan kajian di luar negara membantah pandangan yang membenarkan guru mengajar murid mereka sendiri di dalam kelas tuisyen. Bantahan tersebut disebabkan terdapat banyak kes yang melibatkan guru kurang menyalurkan maklumat akademik di dalam kelas mereka. Perbuatan tersebut bertujuan untuk menggalakkan murid menghadiri kelas tuisyen bagi mendapatkan ilmu tambahan. Bertentangan dengan penemuan di atas, pihak berkuasa di Malaysia memberikan kebenaran kepada guru untuk mengajar murid kelas mereka sendiri. Amalan tersebut merupakan satu kebiasaan khususnya sekolah di kawasan luar bandar.
Walaupun, pihak berkuasa di Malaysia menyedari kepentingan menghadiri kelas tuisyen, aktiviti pemantauan terhadap pasarannya tetap dilaksanakan bagi mengawal kualiti pengurusan kelas tuisyen dalam sektor swasta. Misalnya, pihak berkuasa di Malaysia telah mewajibkan pusat tuisyen mendaftarkan keahliannya di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya Jabatan Pelajaran Negeri, peraturan yang melibatkan keperluan kepada kelayakan akademik pengetua sekurang-kurangnya memiliki sijil di peringkat sekolah menengah serta kebenaran mengajar bagi guru yang bukan di bawah skim perkhidmatan pendidikan. Bagi permis tuisyen tersebut, sistem pencegahan/laluan kecemasan semasa kebakaran dan kemudahan asas perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Sungguhpun, pihak berkuasa di Malaysia berusaha memantau pengurusan kelas tuisyen dalam sektor swasta menerusi penggubalan peraturan, masih belum terdapat kaedah kawalan dan pemantauan yang cekap dan berkesan keatas penguatkuasaan peraturan tersebut.
Kesimpulannya, dengan penambahan bilangan tuisyen dalam sektor swasta di Malaysia, satu mekanisme untuk mengawal penguatkuasaan peraturan secara cekap dan berkesan amat diperlukan bagi memastikan kualiti kelas tuisyen terpelihara. Kawalan kualiti tersebut adalah bertujuan bagi memastikan murid memperolehi manfaat dan menghalang aktiviti penyelewengan berlaku dalam pengurusan kelas tuisyen.
About the Author:
Husaina Kenayathulla – PhD candidate, Education Leadership and Policy Studies, Indiana University. Fellow, Educational Management, Planning & Policy, University Malaya, Malaysia.
Links:
- Adverse effects of private supplementary tutoring: dimensions, implications and government responses, International Institute for Educational Planning, UNESCO, 2003.
- The shadow education system: private tutoring and its implications for planners, International Institute for Educational Planning, UNESCO, 2007
- Turning to tuition centres, The Star, 2005.
- Bil. No. 1 Year 2006, Ministry of Education Malaysia, 2006. (in Malay)
- Ministry of Education Malaysia (State level), 2011. (in Malay)
[…] TagoreChinese LiteratureThailand 2011 Election and 2010 ConflictPacific ProspectiveSubscribe ← Menghadiri Kelas Tuisyen Swasta Di Malaysia: Pemantauan Untuk Kualiti? South Korea’s Immigrant Incorporation Strategy […]